Di dalam sejarah kebangkitan tamadun Islam, masjid merupakan institusi yang penting dan menjadi sebuah aset dan simbol utama bagi umat Islam.
sebagai salah satu pusat yang berperanan penting kepada simbolik wilayah Islam, institusi masjid memainkan peranan yang universal sehingga abad ini. Dewasa ini, fungsi dan peranan institusi masjid bukan hanya sekadar rumah ibadat semata-mata. Malah, seiring dengan era globalisasi, masjid kini memainkan peranan yang lebih baik dan luas seiring dengan peredaran masa.
Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa membangun dari harta yg halal sebuah masjid untuk
Allah maka Allah mesti membangunkan rumah untuknya di Syurga”.
Tujuan esei ini ditulis adalah untuk manjalani tugasan dalam kerja khusus yang ditugaskan saya oleh pensyarah Ctu151, iaitu Ustaz Abdul Aziz Harjin. Oleh itu, saya telah memilih untuk menulis tentang Sejarah dan Peranan Masjid As Syakirin, Petaling Jaya, Selangor sebagai hasil kajian saya.
Skop dalam penulisan esei ini merangkumi sejarah dan penubuhan masjid ini serta peranannya sebagai sebuah institusi yang penting dalam masyarakat ini. Institusi masjid itu sendiri adalah merupakan tempat ibadah terpenting bagi umat Islam dan merupakan tempat umat Islam melakukan amal ibadah seperti solat, berzikir dan mengaji quran. Walaubagaimanapun, peranan masjid kini adalah lebih luas dan bukan hanya sebagai tempat beribadah semata-mata. Malah, masjid memainkan peranan yang penting pada masa kini sebagai pusat perbincangan, menimba ilmu dan sebagainya seperti pada zaman Rasulullah S.A.W.
Saya beharap agar hasil kajian yang saya lakukan ini dapat memberikan sedikit sebnyak informasi kepada setiap umat Islam yang membacanya. Selain itu, harapan saya adalah peranan masjid akan terus diperkembangkan dan dipelihara oleh masyarakat dewasa ini kerana kita seharusnya menjaga rumah Allah dan memelihara kesuciannya.
Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita bertanggungjawab dalam megimarahkan dan membangunkan masjid kita yang menjadi kemegahan agama Allah. Tambahan pula, kesucian dan kemegahan masjid haruslah dipelihara agar menjadi lambang kepada agama Islam.