Saturday, February 26, 2011

TAJUK

Sejarah Dan Kegiatan Masjid Al-Syakirin, Bandar Utama.

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151



DISEDIAKAN OLEH:
Nurul Syamimi Binti Ibrahim
No Matrik : 2010297078
Kumpulan: BMD2Ac




PROGRAM:
Diploma Pengurusan Perniagaan



TARIKH HANTAR:
1 Mac 2011

ISI KANDUNGAN


Isi Kandungan

Abstrak

Pendahuluan

Konsep Masjid

Sejarah Penubuhan Masjid Al-Syakirin

Kemudahan-Kemudahan Masjid Al-Syakirin

Aktiviti dan Kegiatan Masjid

Penutup

Bibliografi

ABSTRAK



MASJID  merupakan rumah Allah dan ianya adalah tempat untuk mengerjakan ibadah bagi umat Islam.  Pada zaman Rasulullah S.W.T masjid merupakan nadi utama dalam pembangunan umat Islam kerana masjid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, malah ia menjadi tempat pengumpulan ilmu pengetahuan, pusat perbincangan, pusat pengurusan hal ehwal keagamaan, pusat ekonomi dan pentadbiran negara.
 Malah, sejarah telah membuktikan bahawa masjid juga menjadi tempat perlindungan bagi umat Islam.
 .
Masjid tidak dilihat dari segi peranannya yang khusus saja, malah dari segi pembangunan dan perkembangan ummah seperti yang pernah dilakukan pada zaman Rasulullah dan sahabat. Ia adalah tempat melaksanakan segala kegiatan manusia yang mencerminkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. 

Sesungguhnya, dalam satu riwayat telah mengatakan bahawa setiap-tiap masjid itu adalah bendera iman dan menjadi lambang kemegahan dan mercu tanda umat Islam.

PENGHARGAAN


 Assalaimualaikum
Pertama sekali, saya ingin bersyukur ke hadrat ilahi kerana dapat telah dapat menyiapkan kerja khusus ini dengan jayanya. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari makhluknya. 

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah CTU151 saya iaitu Ustaz Abdul Aziz Harjin.atas tunjuk ajar dalam memebrikan cara-cara dan panduan format untuk  menyiapkan kerja ini.

Tambahan pula, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan kepada kedua ibu bapa saya, Ibrahim bin Muslim dan Khairul Bariah binti Mohd Badri di atas segala sokongan dan batuan dari segi kewangan dan sokongan moral yang diberikan kepada saya sepanjang menjalani tugasan ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga kepada ahli-ahli masjid As Syakirin, Petaling Jaya, serta orang-orang sumber yang telah banyak menolong saya secara langsung atau tidak langsung dalam proses menjayakan kerja khusus ini. Saya berharap agar hasil kajian saya dalam kerja khusus ini dan faedah daripadanya dapat dikongsi bersama seluruh umat Islam yang lain. 

PENDAHULUAN



Di dalam sejarah kebangkitan tamadun Islam, masjid merupakan institusi yang penting dan menjadi sebuah aset dan simbol utama bagi umat Islam.  
sebagai salah satu pusat yang berperanan penting kepada simbolik wilayah Islam, institusi masjid memainkan peranan yang universal sehingga abad ini. Dewasa ini, fungsi dan peranan institusi masjid bukan hanya sekadar rumah ibadat semata-mata. Malah, seiring dengan era globalisasi, masjid kini memainkan peranan yang lebih baik dan luas seiring dengan peredaran masa.
  
Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa membangun dari harta yg halal sebuah masjid untuk 
Allah maka Allah mesti membangunkan rumah untuknya di Syurga”.

Tujuan esei ini ditulis adalah untuk manjalani tugasan dalam kerja khusus yang ditugaskan saya oleh pensyarah Ctu151, iaitu Ustaz Abdul Aziz Harjin.  Oleh itu, saya telah memilih untuk menulis tentang Sejarah dan Peranan Masjid As Syakirin, Petaling Jaya, Selangor sebagai hasil kajian saya.

Skop dalam penulisan esei ini merangkumi sejarah dan penubuhan masjid ini serta peranannya sebagai sebuah institusi yang penting dalam masyarakat ini.  Institusi masjid itu sendiri adalah merupakan tempat ibadah terpenting bagi umat Islam dan merupakan tempat umat Islam melakukan amal ibadah seperti solat, berzikir dan mengaji quran.  Walaubagaimanapun, peranan masjid kini adalah lebih luas dan bukan hanya sebagai tempat beribadah semata-mata. Malah, masjid memainkan peranan yang penting pada masa kini sebagai pusat perbincangan, menimba ilmu dan sebagainya seperti pada zaman Rasulullah S.A.W.

Saya beharap agar hasil kajian yang saya lakukan ini dapat memberikan sedikit sebnyak informasi kepada setiap umat Islam yang membacanya.  Selain itu, harapan saya adalah peranan masjid akan terus diperkembangkan dan dipelihara oleh masyarakat dewasa ini kerana kita seharusnya menjaga rumah Allah dan memelihara kesuciannya.

Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita bertanggungjawab dalam megimarahkan dan membangunkan masjid kita yang menjadi kemegahan agama Allah.  Tambahan pula, kesucian dan kemegahan masjid haruslah dipelihara agar menjadi lambang kepada agama Islam.

KONSEP MASJID


Terdapat pelbagai pengertian  dan definisi masjid yang dapat diperoleh dari pelbagai sumber seperti kamus dewan, pendapat para ulama dan sumber utama iaitu Al-quran.
Masjid atau mesjid pada dasarnya adalah rumah tempat ibadah umat Muslim. Pengertian masjid ialah tempat sujud, dan masjid yang kecil juga disebut musholla, langgar atau surau. Pada dasarnya, masjid yang tidak dilakukan solat jumaat di dalamnya dipanggil surau dan musholla.
Selain menjadi tempat beribadah, masjid juga merupakan pusat kehidupan komuniti muslim. Masjid menjadi tempat aktiviti-aktiviti dan kegiatan-kegiatan perayaan hari besar, diskusi, kajian agama, ceramah dan belajar Al Qur'an dijalankan. Bahkan dalam sejarah Islam, masjid turut memegang peranan dalam aktiviti sosial kemasyarakatan termasuk aktiviti ketenteraan.



Pengertian masjid dari sudut bahasa pula bermaksud  tempat sujud dahi
Dari sudut syara’ pula ialah bermaksud setiap tempat daripada permukaan bumi. ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘ alaihi wasalam yang berbunyi : 

جُعِلَت لِي الأَرضُ مَسجِدًا

(رواه البخاري)


Maksudnya: “ Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid ( tempat bersujud )”

(Hadis riwayat Bukhari)

Manakala dari sudut istilah atau ‘urf ialah : “ Tempat yang disediakan khas selama-lamanya untuk bersembahyang .” (Mu’jam Lughat Al-Fuqaha’ : 428 dan I’lam As-Sajid bin Ahkam Al-Masajid: 26-27)


Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.

HURAIAN SEJARAH PENUBUHAN MASJID Al-SYAKIRIN


Sejarah penubuhan masjid Al-Syakirin ini bermula sebagai sebuah surau di tamanperumahan Bandar Utama di Petaling Jaya Selangor.  Bangunan masjid ini  telah dibina pada tahun 1997 dan ianya merupakan satu-satunya surau yang terdapat di kawasan Bandar Utama ini.  Hal ini kerana, penduduk di kawasan Bandar Utama ini kebnyakannya adalah bukan Islam.  Namun, jumlah minoriti umat Islam di kawasan ini diberi peruntukan untuk membina surau ini dan penubuhannya disokong penuh oleh seluruh penduduk kawasan Bandar Utama. 

Idea penubuhan surau ini diilhamkan  bersama oleh Syed Mohd Taufik Al-Attas yang merupakan  Pengerusi pertama masjid Al-syakirin, Hj.Muin, Tn. Hj Azaman dan Tn.Hj Osman.  Dengan hasil kerjasama penduduk-penduduk Islam dan penderma-penderma penduduk Bandar Utama ini, maka terbinalah Surau Al-Syakirin ini.


Pada tahun 2010, surau as syakirin ini telah di naik tarafkan kepada Masjid Al-Syakirin kerana bangunan ini menjadi tumpuan utama penduduk Bandar utama dan sekitarnya untuk menunaikan solat jumaat.  Taraf masjid juga telah diberikan kerana surau ini aktif dalam kegiatan-kegiatan agama dan banyak member sumbangan kepada masyarakat.

Masjid Al-Syakirin ini dibina di kawasan yang paling strategik di Bandar Utama.  Kawasan surau  ini yang terletak di antara sekolah rendah kebangsaan Bandar Utama dan berhubung di pusat beli belah One Utama. Oleh itu masjid ini menjadi tumpuan terutama sekali pada waktu-waktu solat utama dan solat jumaat. 



KEDUDUKAN SURAU AL-SYAKIRIN, 2009

VISI DAN MISI MASJID AL-SYAKIRIN


MAJLIS PERLETAKAN BATU ASAS PEMBINAAN SURAU AL SYAKIRIN,1997

Visi Masjid Al-Syakirin Bandar Utama

Visi Masjid Al-Syakirin ialah untuk menjadi sebuah Institusi untuk menggerakkan Ummah Ke arah Kegemilangan


Misi Masjid Al-Syakirin Bandar Utama

-Melahirkan insan yang berilmu dan beramal
-Menjadi surau ini sebagai sebuah pusat perkembangan ilmu

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN MASJID AL-SYAKIRIN



Masjid Al-Syakirin mempunyai pelbagai kemudahan-kemudahan untuk digunakan untuk semua warga masjid.  Kemudahan-kemudahan di masjid ini adalah seperti tempat meletak kereta khas bagi pengunjung masjid.  Kemudahan parking ini amat berguna terutama sekali pada waktu solat jumaat kerana jalan di kawansan Bandar utama yang agak sempit menyukarkan warga solat untuk meletak kereta.







Kemudahan seperti menyediakan bahan rujukan agama, Al-quran, yassin, dan terjemahan juga disedikan di rak-rak yang disediakan di setiap penjuru masjid.  Dengan itu, para masjid dapat meminjam dan membaca bahan-bahan ini semasa berada di dalam masjid.
Selain itu, masjid ini juga menyediakan pakej umrah dan haji serta tempat untuk membayar zakat. Bagi  yang ingin mempelajari ilmu agama dan mengaji al-Quran, masjid ini juga menjalankan aktiviti-aktiviti dan kelas agama pada hari Khamis mengikut jadul yang disediakan.

Masjid Al-Syakirin ini juga menawarkan kemudahan meminjam alatan untuk mengadakan majlis seperti kenduri.  Terdapat sebuah setor untuk menyimpan barangan seperti periuk belanga, pinggan-mangkuk dan juga kerusi dan meja untuk kegunaan ahli masjid untuk mengadakan kenduri seperti korban, akikah dan sebagainya di kawasan masjid.

Kawasan masjid ini juga dilengkapi dengan kamera CCTV dan kawalan sekuriti yang ketat. Hal ini kerana masjid ini mementingkan keselamatan ahli-ahli masjid dan untuk mengelakkan kecurian seperti mana yang telah berlaku pada awal penubuhan masjid ini.










AKTIVITI-AKTIVITI DAN PERANAN MASJID TERHADAP ORANG RAMAI



      Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan di masjid untuk menarik lebih ramai lagi bagi mengimarahkan  masjid . Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong , ceramah agama , sambutan maal hijrah , kacau bubur asyura , malam nisfu sya'aban , majlis hari raya korban , bacaan yassin dan sebagainya .

Bagi aktiviti mingguan pula, masjid ini menekankan bacaan yassin setiap hari jumaat, dan kutipan derma untuk diberikan fakir miskin dan kuliah agama. Imam masjid memainkan peranan untuk memberi kuliah agama dua kali seminggu.  Kelas mengaji al-quran untuk kanak-kanak dan dewasa juga dijalankan setiap hari Khamis.  

   Secara umumnya , masjid ini mempunyai peranannya yang tersendiri . Antaranya ialah ,secara umum masjid ini merupakan tempat beribadah seperti menunaikan solat dan berzikir .Selain itu, masjid ini juga merupakan  pusat ilmu, seperi mengaji al-Quran dan mempelajari ilmu Fardhu ain.  Di samping itu, masjid ini juga merupakan tempat kebajikan dimana musafir boleh singgah untuk berehat di masjid ini , dan menjadi tempat untuk mengumpulkan zakat . Acara Akad nikah juga dijalankan di Masjid Al-Syakirin ini.


  Selain itu, Masjid ini juga telah membuat inisiatif untuk membina rumah wakaf di kawasan Bandar Utama. Rumah wakaf ini adalah antara projek utama masjid ini dan bakal diduduki oleh kakitangan masjid Al-syakirin ini. Rumah ini merangkumi 10 buah unit perumahan dan bakal dijalankan tidak lama lagi.

CARTA ORGANISASI


CARTA ORGANISASI MASJID AL-SYAKIRIN 2010/2013




AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI/PENTADBIRAN:  Hj. Syed Mohd Taufik bin Abu Bakar

SETIAUSAHA/ TIM. PENGERUSI :  Hj. Adam Shah bin Abdul Rahim

TIM. SETIAUSAHA :  Hj. Amir Sofian bin Abdul Razak

BENDAHARI/ PEMBANGUNAN :  Hj. Jamaludin

BIRO PENYELENGARAAN :  En. Amir bin Bashah

BIRO EKONOMI : En. Muhammad Faisal bin Muinuddin

BIRO KEBAJIKAN DAN KEJIRANAN : Hj. Zulkafli

TIMB. PENGERUSI PEMBAGN. MASJID BU : Hj. Mohd Ariffin

BIRO SUKAN /REMAJA : Hj. Zamara

KETUA MUSLIMAT : Hjh. Raja Rahmah

TIM. KETUA MUSLIMAT : Datin Hjh. Ruthihan Aishah


PENUTUP

      Secara keseluruhannya , masjid merupakan rumah Allah dan tempat yang amat penting bagi umat islam . Fungsi dan masjid adalah penting walaupun pada masa kini peranan masjid sudah jarang dilakukan . Masjid harus melakukan peranan-peranan tersebutyang disesuaikan dengan keadaan dan keperluan masa .Paling tidak melalui huraian para pembinanya guna mengarahkan umat untuk melakukan ibadah untuk di dunia dan akhirat. Oleh itu, apabila masjid dituntut berfungsi membina umat, kemudahan dan prasarana yang dimilikinya harus lengkap, menyenangkan dan menarik semua umat, baik dewasa, kanak-kanak, tua, muda, lelaki, wanita, yang terpelajar mahupun tidak, sihat atau sakit serta kaya dan miskin.


    Daripada apa yang dibincangkan ini, dapat disimpulkan bahawa peranan dan fungsi masjid mempunyai nilai kesejagatan atau erti kata lain ialah kesamaan. Ia boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di muka bumi ini.Melaksanakan penubuhan satu jabatan yang menguruskan pentadbiran masjid merupakan satu keperluan asas masa kini agar pengurusan masjid menjadi lebih saksama, teratur, rapi dan berkesan.

Akhir sekali , masyarakat dipanggil untuk memahami lebih mendalam tentang peranan  dan fungsi masjid agar usaha masjid untuk membentuk individu dan masyarakat serta negara ke arah penghayatan Islam, terlaksana dengan jayanya .



BIBILOGRAFI



1 . Al-Quran Al-Karim

2 . http://abdazizharjin.blogspot.com





7 . Hajah Noresah binti Baharom (2005) Kamus Dewan Edisi Keempat , Dewan Bahasa Dan Pustaka

8 . wikipedia.com