Saturday, February 26, 2011

KONSEP MASJID


Terdapat pelbagai pengertian  dan definisi masjid yang dapat diperoleh dari pelbagai sumber seperti kamus dewan, pendapat para ulama dan sumber utama iaitu Al-quran.
Masjid atau mesjid pada dasarnya adalah rumah tempat ibadah umat Muslim. Pengertian masjid ialah tempat sujud, dan masjid yang kecil juga disebut musholla, langgar atau surau. Pada dasarnya, masjid yang tidak dilakukan solat jumaat di dalamnya dipanggil surau dan musholla.
Selain menjadi tempat beribadah, masjid juga merupakan pusat kehidupan komuniti muslim. Masjid menjadi tempat aktiviti-aktiviti dan kegiatan-kegiatan perayaan hari besar, diskusi, kajian agama, ceramah dan belajar Al Qur'an dijalankan. Bahkan dalam sejarah Islam, masjid turut memegang peranan dalam aktiviti sosial kemasyarakatan termasuk aktiviti ketenteraan.



Pengertian masjid dari sudut bahasa pula bermaksud  tempat sujud dahi
Dari sudut syara’ pula ialah bermaksud setiap tempat daripada permukaan bumi. ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘ alaihi wasalam yang berbunyi : 

جُعِلَت لِي الأَرضُ مَسجِدًا

(رواه البخاري)


Maksudnya: “ Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid ( tempat bersujud )”

(Hadis riwayat Bukhari)

Manakala dari sudut istilah atau ‘urf ialah : “ Tempat yang disediakan khas selama-lamanya untuk bersembahyang .” (Mu’jam Lughat Al-Fuqaha’ : 428 dan I’lam As-Sajid bin Ahkam Al-Masajid: 26-27)


Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.

No comments:

Post a Comment